Begitu manusia sedang mencari Allah SWT . Dia menemukan pelbagai perkara di dalam Al Quran . Bahawa kecintaan kepada Allah ada dalam menyakini apa sahaja wahyu yang di sampaikan oleh kekasihnya seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah . Dialah Rasulullah saw. Dia pembawa mukjizat Al Quran kepada umatnya . Semoga dengan keyakinan kepada wahyu Allah SWT, inshaAllah menjadi jalan mendapat Cinta Allah SWT seluasnya.

HOME

Monday, May 2, 2011

Video Clip Alhamdulillah (Idola Cilik)

Kek 'Chocolate'

Dah lama x buat kek..Kek chocolate ialah satu-satunya kek yang dah lama alia suruh buat tp buat xtau je sebab rasanya dah puas makan hehe.Tp di turutkan juga sebab nak lihat betapa sukanya anak -anak makan .

Resepi ini di ambil dari 1001resepi blogspot.Thanks akak penulis hehe. Di perturunkan sekali lagi resepinya di sini.





Bahan A
4 biji telur
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
3 cawan gula halus
2 susu teh baking powder
2 sudu teh sodium bikarbonat
2 cawan air panas
1 camca teh garam halus

Caranya:






Putar bahan A sehingga sebati , masukkan bahan B dan kacau rata.


























Sedia untuk di bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam.


Suhu ni sebenarnya ikut juga acuan yang kita pakai .Klu kecil untuk adunan tu sure adunan jd tebal dan takut dalam x masak. Suhu yang tinggi akan buat kek masak dengan cepat tp dalam belum masak jd penyelesaiannya turunkan suhu kepada 170/175 darjah dan tempoh masak kepada 1 jam stengah ke. Cubalah adjust2 hehe

Wednesday, April 27, 2011

Kek chiffon

Ruangan dapur tempat menyedapkan tekak .Kadang2 juga tempat menghilangkan kebosanan.Hihi ..entah kenapa aku suka sgt dgn kek chiffon atau kek span ni . Mulanya bukan senang nak membuatnya.Kek paling manja penah aku buat sebab dia sangat sensitif.Ketika membuatnya telur mestilah dalam suhu bilik .Kene keluarkan dari peti sejuk beberapa jam sebelum membuatnya.Ketika memutar putih telur pinggan atau mangkuk yang digunakan untuk memutar telur atau meletaknya sementara perlulah bebas air hihi dan juga x bleh tercampur kuning telur walau sedikit. Kesannya kek span akan jadi kek separa bantat hehehe so pada yang berminat mencuba berikut di turunkan resepinya.

































Campuran Bahan A
















Campuran Bahan B


















Sedia untuk dibakar
















Dah masak pun














Terbalikkan kejap




Bahan A:

150g tepung superfine

80g gula halus

4 biji kuning telur

60g minyak sayuran

2g garam

1 sudu teh pandan paste

1/2 sudu teh baking powder

50g santan pekat



Bahan B:

1/4 sudu teh cream of tartar

100g gula halus

4 biji putih telur


Caranya:


1-Campurkan semua bahan A dan gaul dengan sudip sahaja.

2-Pukul bahan B sehingga campuran menjadi seperti sabun dan tidak mengalir bila di terbalikkan.

3-Campurkan bahan A dan B gaul dengan sudip sahaja agar tekstur campuran tidak rosak.

4-Masukkan ke dalam loyang kek dan bakar pada suhu 160 darjah selama 30minit.

5-Bila sudah masak terbalikkan acuan dan biarkan sehingga sejuk untuk mengelakkan kek menjadi bantat .

6-Pelbagai risiko tidak menjadi kek . Antaranya tekstur tidak menjadi span dan bila terbalik akan patah .Tekstur tidak menjadi span ini di sebabkan oleh tidak menterbalikkan acuan ,Tindakan ini menyebabkan kek yang naik akan turun semula. Kek yang patah bila di terbalikkan pula mungkin berpunca dari kek yang kurang lembap kerana pernah terjadi saya lupa bubuh santan .Ini menyebabkan kek yang saya buat kekurangan cecair dan bila di terbalikkan patah hehehe...macam2 ...so selamat mencuba hehehe
























Saturday, April 9, 2011

Salam perkenalan


Aku yang sempoi hanya sekadar nama blog yang mampu aku cipta. Kerana telah banyak address yang telah diambil maka penggunaan nama yang kita nak agak terbatas . Penulisan blog bukan lagi sesuatu yang baru namun aku tabik spring pada netters2 yang mampu mencipta blog yang menarik untuk di baca.

Selepas ini blog ini akan jadi wardah dan ruang untuk diriku bercerita dan abadikan segala yang terpikir di pemikiran ku..Sekian dulu sekadar pengenalan untuk semua hehehe salam ukhwah..